ARTIKEL

Terminal lori bersepadu di setiap bandar utama Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) bercadang untuk membina terminal lori bersepadu di setiap bandar utama, bermula dengan Terminal Lori Miri sebagai projek perintis.

Menterinya Datuk Seri Lee Kim Shin berkata, pembinaan ini dilaksanakan kerana pihaknya sedia maklum mengenai isu kekurangan kemudahan parkir kenderaan berat di bandar dan pekan utama di Sarawak. 

Ini katanya menyebabkan kenderaan berat ini bergerak bebas di sepanjang jalan raya di bandar dan pekan utama serta meletak kenderaan mereka sembarangan.

“Ia juga telah menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya serta menghalang aliran lalu lintas.

“Sehubungan itu, kementerian saya merancang penyelesaian holistik dan berpandangan ke hadapan bagi isu ini.

Kita bercadang untuk membina terminal lori bersepadu di setiap pekan utama, bermula dengan Terminal Lori Miri sebagai projek perintis,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan kementerian pada persidangan DUN, semalam.

Kim Shin juga percaya usaha kerajaan dalam memudahkan peserta industri pengangkutan ini akan memastikan ekosistem perniagaan yang berdaya saing dalam jangka panjang.

Untuk berita terperinci, sila langgani e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran.

BERITA LAIN

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.

BERITA TERBARU

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.