ARTIKEL

Gambar Hiasan

Tertarik tawaran kerja sambilan lalu ‘like’ dan ‘follow’, pekerja swasta rugi RM37,400

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Seorang pekerja swasta berumur dalam lingkungan 40 tahun mengalami kerugian berjumlah RM37,400 selepas tertarik dengan tawaran kerja lalu menekan butang ‘like’ dan ‘follow’ dalam laman Booking.com.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu, berkata mangsa telah tampil ke Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Miri pada Jumaat (15 Mac) dengan melaporkan diri tertipu oleh kes penipuan kerja dalam talian.

Menurutnya, mangsa melaporkan pada mulanya berurusan menerusi aplikasi WhatApp sebelum diarahkan berurusan dengan aplikasi Telegram.

“Mangsa diminta membuat bayaran dahulu sebelum memulakan sebarang tugasan yang diberikan oleh suspek dan pulangan wang tersebut akan berganda.

“Mangsa telah membuat lima transaksi sehingga berjumlah RM37,400 ke akaun bank pihak ketiga yang diberikan oleh suspek.

“Mangsa hanya sedar diri tertipu apabila komisen yang dijanjikan masih belum diperoleh dan suspek meminta wang lagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi 10 tahun, sebat, dan juga denda.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Korea Utara disyaki godam RM24.3 bilion kripto

NEW YORK: Biro Siasatan Persekutuan (FBI) pada Sabtu menuduh Korea Utara mencuri lebih daripada AS$6.0 bilion (RM24.3 bilion) dalam bentuk aset maya daripada bursa kripto

Berani bersuara walaupun gemuruh

Baru-baru ini, saya berpeluang menyertai kelas Kuasai Asas Berucap dalam Dua Jam anjuran Kelab Pidato Perdana Antarabangsa. Terus terang, saya sangat gemuruh apabila berucap dan