ARTIKEL

Terus tingkatkan kualiti hasil tani

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LIMBANG: Program Jangkauan Komuniti Pertanian (AgriCOP) memberi manfaat kepada petani meningkatkan hasil pertanian setaraf kualiti di pasaran.

Adun Batu Danau Paulus Palu Gumbang berkata, penganjuran program berkenaan bertujuan untuk memenuhi keperluan petani ke arah memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran dalam sektor pertanian.

Katanya, peserta kursus telah didedahkan dengan sesi ceramah atau perkongsian ilmu dengan memberi ruang kepada petani untuk mendapatkan maklumat, teknik dan kaedah penanaman pisang, nangka dan durian mengikut aplikasi terknologi moden.

“Aplikasi teknologi moden dalam bidang pertanian akan meningkatkan lagi pengeluaran hasil tani dan produk pertanian setaraf dengan kualiti di pasaran.

“Peningkatan hasil pengeluaran membantu keluarga tani untuk memasarkannya dalam skala yang lebih besar akan menjana kepada peningkatan ekonomi keluarga tani,” katanya semasa berucap pada Majlis Jangkauan Pengembangan Komuniti Pertanian (AgriCOP) di Dewan Kampung Limpasong baru-baru ini.

Paulus berkata, Kerajaan Sarawak komited untuk membantu petani dengan mengadakan pelbagai inisiatif dalam sektor pertanian dan merealisasikan hasrat negeri Sarawak menjadi pengeksport utama hasil pertanian menjelang 2030.

Pada majlis itu, beliau telah menyerahkan cek kepada 25 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kawasan Bisaya dan Melayu serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Turut disampaikan ialah peruntukan tambahan RM10,000 kepada JKKK Kampung Limpasong

BERITA LAIN

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali