ARTIKEL

Gambar hiasan Pixabay

Tesla tawar Elon Musk pakej pampasan baharu bernilai US$29 bilion

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SAN JOSE: Tesla menawarkan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Elon Musk, satu pakej pampasan bernilai kira-kira US$29 bilion, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Dalam satu hantaran di platform X pada Isnin, Robyn Denholm dan Kathleen Wilson-Thompson, dua ahli jawatankuasa khas lembaga pengarah, menyatakan bahawa Musk akan diberikan 96 juta saham yang akan menjadi milik sepenuhnya selepas beliau berkhidmat selama dua tahun dalam peranan kepimpinan di syarikat itu.

Menurut kenyataan itu, Musk boleh memperoleh saham tersebut pada harga US$23.34 sesaham, jauh lebih rendah daripada nilai semasa yang melebihi US$300 sesaham.

Satu pakej imbuhan yang lebih besar dari 2018 dibatalkan dalam satu saman pemegang saham di Delaware pada 2024.

Hakim dalam kes itu memutuskan kelulusan pakej tersebut tidak sah dengan hujah bahawa Musk mempunyai pengaruh terlalu besar dalam proses rundingan bersama lembaga pengarah dan perkara itu disembunyikan daripada pengetahuan pemegang saham.

Kes itu menjadi luar biasa apabila pemegang saham Tesla meluluskan semula pakej 2018 dalam satu mesyuarat agung pada Jun 2024, kali ini dengan maklumat yang lebih lengkap hasil perbicaraan sensasi tersebut. Namun, hakim tetap berpegang pada keputusannya untuk menolak pakej itu.

Tesla mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut malah mengumumkan jika pakej 2018 yang melibatkan lebih 300 juta saham itu diisytiharkan semula sebagai sah, peruntukan saham baharu kepada Musk akan dibatalkan. — BERNAMA

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha