ARTIKEL

Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSNT) Terengganu Ahmad Shahrizal Yahaya ketika sidang media pada Majlis Watikah Pelantikan Ketua Kontinjen, Bapa Angkat Sukan dan Jabatan Angkat Sukan Kontinjen Terengganu Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di sini malam tadi. Upacara penyerahan watikah disempurnakan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. - Foto BERNAMA

TFC Kekal Bersaing Liga Super Musim 2026/2027, PBSNT Setuju Prinsip

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA NERUS, 18 Mei (Bernama) — Pasukan Terengganu FC disahkan akan terus bersaing dalam saingan Liga Super musim 2026-27 selepas mendapat persetujuan prinsip daripada Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT).

Setiausaha Agung PBSNT Ahmad Shahrizal Yahaya berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Eksekutif PBSNT yang berlangsung Khamis lepas bagi meneliti dapatan bengkel hala tuju kelab untuk musim baharu.

Beliau berkata keputusan tersebut dibuat selepas beberapa sesi libat urus bersama pihak berkepentingan utama melibatkan pengurusan kelab dan pasukan.

“Namun, proses penstrukturan dan pendekatan baharu perlu dilaksanakan melibatkan aspek pengurusan, kewangan, teknikal serta operasi bagi membina sebuah pasukan yang lebih stabil, kompetitif dan mampan untuk jangka masa panjang,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Ahmad Shahrizal berkata bagi musim depan, TFC akan memberi keutamaan kepada penyelesaian tanggungan kumulatif hutang yang berlarutan selama beberapa musim.

Beliau berkata penyusunan perbelanjaan bagi musim semasa juga akan dikawal sebaik mungkin bagi mengukuhkan kemampanan kelab dalam menghadapi pelbagai cabaran mendatang.

Katanya fokus utama perancangan baharu itu adalah untuk memperkukuh tadbir urus organisasi, menstabilkan pengurusan kelab serta meneruskan agenda pembangunan bakat tempatan dan membentuk semula kekuatan pasukan secara lebih berhemah.

“PBSNT yakin dengan sokongan semua pihak serta semangat kebersamaan seluruh penyokong, TFC akan terus bangkit dan melangkah lebih gagah pada musim-musim mendatang,” katanya.

Skuad Penyu yang berpangkalan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) menamatkan saingan Liga Super musim 2025/2026 di tangga kelima dengan 36 mata. – BERNAMA

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU