ARTIKEL

SEORANG penjaja menyu- sun baju jualan di gerainya di kawasan kejiranan Karrada, Baghdad, ketika orang ramai membeli-belah menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha. - AFP

Thailand lewat sehari Aidiladha

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Umat Islam di Indonesia dan Singapura akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 27 Mei (Rabu), manakala sambutan itu jatuh pada 28 Mei (Khamis) di Thailand.

Menteri Hal Ehwal Agama Indonesia, Nasaruddin Umar, berkata keputusan itu dibuat susulan sesi isbat yang diadakan di Jakarta pada Ahad, berdasarkan cerapan anak bulan yang dijalankan di 88 lokasi di seluruh negara.

Beliau berkata, anak bulan telah melepasi kriteria yang ditetapkan oleh Menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS).

“Berdasarkan hasil pengiraan dan laporan cerapan anak bulan, dipersetujui bahawa 1 Zulhijah 1447 Hijrah jatuh pada Isnin, 18 Mei 2026.

“Justeru, Hari Raya Aidiladha jatuh pada Rabu, 27 Mei 2026,” katanya dalam sidang media yang disiarkan secara langsung menerusi YouTube pada Ahad.

Sesi isbat ialah forum rasmi kerajaan bagi menentukan permulaan bulan Islam yang melibatkan wakil pertubuhan Islam, pakar astronomi dan agensi kerajaan berkaitan.

Di Singapura, Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir berkata, berdasarkan pengiraan astronomi, anak bulan Zulhijah kekal berada di atas ufuk Singapura selepas matahari terbenam pada petang Ahad.

“Oleh itu, hari ini merupakan hari terakhir bulan Zulkaedah. Maka, bulan Zulhijah 1447 Hijrah akan bermula pada Isnin, 18 Mei 2026.

“Ini bermakna Hari Raya Aidiladha akan disambut pada Rabu, 27 Mei 2026,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Majlis Ugama Islam Singapura, kesemua 900 jemaah haji dari republik itu selamat berlepas ke Arab Saudi menerusi tiga penerbangan antara 9 hingga 14 Mei.

Di Thailand, Sheikhul Islam negara itu, Arun Boonchom, mengumumkan tarikh sambutan Aidiladha pada 28 Mei selepas anak bulan (hilal) tidak kelihatan di beberapa kawasan berikutan cuaca mendung dan hujan di beberapa wilayah.

“Anak bulan tidak kelihatan selepas matahari terbenam. Oleh itu, 1 Zulhijah 1447 Hijrah jatuh pada 19 Mei dan Hari Raya Aidiladha disambut pada Khamis, 28 Mei,” katanya menerusi pengumuman yang disiarkan secara langsung di televisyen, radio dan platform media sosial pada Ahad.

Thailand mempunyai kira-kira 10 juta penduduk beragama Islam, dengan majoritinya menetap di wilayah selatan seperti Pattani, Yala dan Narathiwat. — Bernama

BERITA LAIN

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

BERITA TERBARU

Perintah Sarawak melanja sekula anak

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg datai bejadi Pengawa Nyua Pemer i Perintah Sarawak ngagai waris staf Servis L utur

XPDC Bario 375km meri pengelantang

KUCHING: Pengeransing Sapit Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas ngabas jalai menua ulu nengah XPDC 1.0 Bario ba taun 2025 dipuji komuniti Kenyah enggau