ARTIKEL

Thailand: Parti Move Forward tidak sokong calon PM Pheu Thai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BANGKOK: Parti Move Forward (MFP), pemenang terbesar dalam Pilihan Raya Umum Thailand tidak akan menyokong dan mengundi bekas sekutunya, calon perdana menteri Parti Pheu Thai apabila Parlimen bersidang, kerana ia bertentangan dengan suara rakyat.

Setiausaha Agung MFP Chaithawat Tulathon berkata keputusan itu dipersetujui sebulat suara oleh semua Ahli Parlimen (MP) pada mesyuarat semalam.

“Pembentukan kerajaan kini bercanggah dengan suara rakyat,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah bahawa MFP tidak akan menyokong kerajaan gabungan pimpinan Pheu Thai yang bersekutu dengan parti pro-tentera.

MFP, yang memenangi 151 kerusi telah gagal dalam usahanya untuk membentuk kerajaan berikutan rancangannya untuk meminda undang-undang yang menjadikan penghinaan kepada raja sebagai jenayah, terutamanya Perkara 112 kanun jenayah atau lese-majeste.

Parti Pheu Thai, yang menduduki tempat kedua dalam pilihan raya umum 14 Mei dengan 141 kerusi keluar daripada gabungan bersama MFP awal bulan ini.

Parti itu kini membentuk dan mengetuai gabungan dengan lapan parti lain, termasuk Parti Bhumjaithai, dalam usaha untuk memecahkan kebuntuan politik untuk membentuk kerajaan baharu.

Baca lain  Bekas PM Pakistan Imran Khan ditahan sejurus mahkamah jatuhkan hukuman penjara

Pada masa ini, gabungan diketuai Pheu Thai mempunyai 238 kerusi dalam Dewan Perwakilan yang dianggotai 500 orang.

Bagaimanapun, calonnya memerlukan sekurang-kurangnya 376 undi daripada 750 ahli dwidewan, termasuk sokongan daripada 250 Senator untuk membentuk kerajaan.

Pheu Thai dijangka mencalonkan usahawan hartanah Srettha Thavisin sebagai perdana menteri.

Sementara itu, pemimpin Parti Pheu Thai, Cholnanan Srikaew berkata parti itu menghormati keputusan MFP.

Beliau berkata parti itu yakin akan menerima lebih 375 undi bagi memastikan pemilihan calon perdana menteri dan pembentukan kerajaan seterusnya.

“Kami akan bekerjasama dengan semua pihak,” katanya.

Timbalan ketua Pheu Thai, Phumtham Wechayachai berkata parti itu tidak mempunyai pilihan selain bergabung dengan dua parti yang disokong junta – United Thai Nation dan Palang Pracharath dalam usaha mengelak pembentukan kerajaan minoriti, lapor The Nation.

Sidang Parlimen dijangka diadakan pada 18 Ogos atau 22 Ogos. – BERNAMA

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Thailand perlu pertimbang pindahkan ibu negara

BANGKOK: Thailand mungkin perlu mempertimbangkan untuk memindahkan ibu negaranya, Bangkok kerana paras air laut yang semakin meningkat, kata seorang pegawai kanan di pejabat perubahan iklim

Garuda mendarat cemas akibat kebakaran enjin

HANOI: Sebuah pesawat yang membawa 468 penumpang dari Indonesia ke Arab Saudi melakukan pendaratan cemas pada Rabu lalu, susulan kebakaran enjin, menurut syarikat penerbangan Garuda

Biden, Trump setuju untuk dua sesi debat

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan bekas Presiden Donald Trump bersetuju untuk mengadakan dua debat presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian

BERITA TERBARU

Thailand perlu pertimbang pindahkan ibu negara

BANGKOK: Thailand mungkin perlu mempertimbangkan untuk memindahkan ibu negaranya, Bangkok kerana paras air laut yang semakin meningkat, kata seorang pegawai kanan di pejabat perubahan iklim

Eksport produk kayu menurun

KUCHING: Prestasi nilai eksport produk perkayuan Sarawak merekodkan penurunan sebanyak sembilan peratus dengan sebanyak RM682 juta berbanding RM752 juta untuk tempoh sama tahun lalu. Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali

Sule jual kenderaan mewah 

PELAWAK Indonesia Sule, menjual kenderaan mewah miliknya yang terdiri daripada Ford Mustang, Porsche, Jeep Wrangler dan Mercedes Benz kerana tidak digunakan. Sule mengatakan dia menjual

Erat hubungan bersama komuniti

KEMERIAHAN sambutan Aidilfitri masih dirasai sempena Program Jiwa Madani bersama-sama Komuniti anjuran Ikmas di Dataran Ikmas, baru-baru ini. Program dihadiri tetamu jemputan khas iaitu Pengarah