THE AUDITORS ialah drama Korea terbaharu dengan 12 episod yang muka disiarkan pada 6 Julai di Viu.
Drama arahan Kwon Young Il ini memfokuskan tentang kisah ketua pasukan dan duo juruaudit pemula.
Bagi anda yang menggemari drama bergenre komedi dan misteri, The Auditors wajib ada dalam senarai tontonan anda.
Drama ini dibintangi oleh pelakon terkenal iaitu Shin Ha Kyun, Lee Jung Ha, Jin Goo, Jo Ah Ram dan ramai lagi.
The Auditors bercerita tentang kehidupan kerja di Syarikat JU Construction yang terkenal dengan kes rasuah.
Pasukan ini terdiri daripada dua individu yang bertentangan iaitu ketua pasukan yang hebat dan pekerja Gen Z yang murah hati.
Mereka mengharungi kerja berpasukan awal yang bergelora.
Bagaimanapun, apabila mereka menangani pelbagai kes, mereka bersatu menjadi duo penyiasat yang tidak dapat dihalang.



