Threesome berakhir tragedi

SIBU: Seorang isteri orang terjerat dengan helah isteri teman lelakinya menyebabkan dia cedera serius akibat ditikam di bahagian sulit.

Mangsa berusia 34 tahun mengalami pendarahan teruk apabila kemaluannya ditikam dengan pisau pemotong sayur sepanjang 22 sentimeter oleh isteri teman lelakinya selepas mereka mengadakan hubungan seks bersama (threesome) di sebuah rumah sewa di Jalan Lajong pada Ahad lalu.

Ketika itu keadaan dalam bilik malap, hanya diterangi cahaya dari televisyen sahaja di mana suspek yang panas hati melakukan tindakan di luar dugaan itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit, kejadian berlaku sekitar jam 9 malam setelah suspek, 46, yang bekerja sebagai pelayan kedai kopi bersetuju agar suaminya, 28, membawa balik kekasihnya ke rumah sewa mereka.

Tujuannya adalah untuk berbincang secara baik tentang hubungan mereka bertiga dan suspek juga menerima syarat suaminya supaya tidak membuat hal jika dia membawa kekasihnya ke bilik sewa mereka.

Mangsa yang berlumuran darah akibat ditikam di kemaluan ditemani teman lelakinya ketika menunggu ketibaan paramedik.

Mangsa yang berlumuran darah akibat ditikam di kemaluan ditemani teman lelakinya ketika menunggu ketibaan paramedik.

Bagaimanapun, keyakinan kelindan lori itu dengan janji isterinya mengundang padah buat teman wanitanya yang juga merupakan isteri orang dan mempunyai empat orang anak,di mana suaminya bekerja kayu di Kepulauan Solomon.

“Sebelum kejadian, ketiga-tiga mereka berbual sambil minum di dalam bilik di mana lelaki itu minum arak manakala suspek dan mangsa hanya minum minuman ringan.

“Mereka kemudian bersetuju untuk melakukan hubungan seks bersama dan sebaik selesai, suspek memberitahu mahu keluar membuang air kecil dan suaminya melakukan seks dengan mangsa.

“Kerana tidak sedap hati, lelaki itu berhenti melakukan seks dan berbaring di atas tilam di sebelah mangsa dengan muka menghadap kea rah dindingdi mana ketika itu mangsa tiba-tiba mengerangsakit dan memberitahu dia ditikam,” katanya dalam kenyataan,hari ini.

Stanley menambah suspek yang melarikan diri kemudian berjaya ditahan suaminya tidak jauh dari rumah sebelum diserahkan kepada polis yang tiba di tempat kejadian sebaik sahaja menerima laporan mengenainya.

Katanya motif suspek bertindak sedemikian dipercayai dendam dan cemburu di mana dia sudah lama mengetahui suaminya menjalin hubungan dengan mangsa.

Pasangan itu dipercayai sudah tinggal bersama selama tujuh tahun namun tidak mempunyai anak, di mana mereka hanya berkahwin secara adat Iban dan tiada dokumen sah.

Mangsa yang dalam keadaan lemah dan tidak stabil dikejarkan ke Hospital Sibu, di mana dia kehilangan banyak darah dan dijangka menjalani pembedahan.

Manakala suspek akan direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Suara Sarawak