ARTIKEL

Tiada ‘blackout’, bukan Spaoh namanya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BETONG: Gangguan bekalan elektrik semakin kerap berlaku di kawasan Spaoh dan sekitarnya dan ini menjadi igauan ngeri penduduk dan menimbulkan kegusaran.

Lebih serius, ramai melabelkan ‘kalau tiada blackout, bukan Spaoh namanya’.

Pengerusi Lembaga Amanah Khairat Islam Spaoh (LAKIS) Dr. Abang Ismail Abang Julhi memberitahu, sejak kebelakangan ini keadaan semakin serius apabila setiap hari ada sahaja gangguan elektrik.

“Keadaan bertambah serius apabila dilaporkan ada kalanya gangguan berlarutan dalam jangka masa yang panjang.

“Penduduk terpaksa menanggung kerugian apabila banyak barangan elektrik di kediaman masing-masing rosak…akibat bekalan elektrik umpama chipsmore (kejap ada, kejap tidak ada),” katanya kepada Suara Sarawak di sini semalam.

Jelasnya, keadaan tersebut membantutkan aktiviti harian penduduk termasuk menjejaskan ekonomi peniaga dan lebih memeningkan, masa tersebut diperlukan untuk menyediakan persiapan raya.

Menurutnya, gangguan bekalan elektrik dan tekanan air rendah antara isu besar yang dilihat tiada kesudahan.

Beliau menggesa pihak bertanggungjawab membantu menyelesaikan isu tersebut demi kepentingan rakyat.

Sementara itu Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas ketika ditemui di Betong memberitahu, dia sudah mengarahkan agensi bertanggungjawab untuk menyelesaikan isu tersebut.

Baca lain  Lima hari agih makanan

“Saya minta pihak kementerian serta Sarawak Energy Berhad (SEB) mencari jalan penyelesaian jangka panjang untuk mengatasi masalah tersebut ekoran ia sudah berlarutan terlalu lama.

“Sehingga ramai mengadu, keadaan gangguan bekalan elektrik di Spaoh memberi kesan besar terhadap rutin harian termasuk kerugian akibat barangan elektrik di rumah yang rosak,” ujarnya.

Beliau yang juga Adun Bukit Saban menggesa solusi terbaik dapat diambil.

Rungutan tentangan gangguan bekalan elektrik bukan sahaja didengari dari Spaoh tetapi juga kawasan sekitar termasuk Debak dan Pusa.

Rata-rata mengharapkan penyelesaian segera dapat diambil.

BERITA LAIN

Mayat penyelam ditemui terapung

MIRI: Mayat seorang lelaki yang melakukan aktiviti penyelaman di Taman Negara Terumbu Karang Miri/Sibuti kira-kira 19 batu nautika di perairan Miri ditemui terapung tengah hari

Duit sewa rumah boleh disimpan

DISKAUN 50 peratus sewa Skim Perumahan HDC akan dilaksanakan mula Januari hingga Jun depan. Langkah ini akan memberi manfaat kepada lebih 3,200 penyewa Skim Perumahan

Tegas tegur penumpang

KUCHING: Tragedi feri Triso yang berlaku pada hari pertama tahun ini menggemparkan seluruh negara apabila mengorbankan sembilan mangsa sekali gus dengan paling muda berusia empat

Pengalaman berharga wartawan pelatih

KUCHING: Menjalani latihan industri sebelum menamatkan pengajian di universiti sebenarnya bukan setakat memenuhi syarat untuk lulus di peringkat universiti, namun ia akan menjadi pengalaman dan

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,