ARTIKEL

ACP Ramsay Embol.FB Polis Daerah Klang Utara

Tiada bom ditemui di pasar raya Klang selepas pemeriksaan hampir tiga jam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KLANG: Polis tidak menemukan sebarang bahan letupan atau peranti mencurigakan di sebuah pasar raya di Jalan Kapar selepas timbul dakwaan bahan itu diletakkan di premis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Ramsay Embol, menyatakan laporan diterima pada 4.04 petang daripada seorang pengurus stor lelaki yang menerima e-mel berkaitan dakwaan tersebut seperti dilapor Bernama.

Pemeriksaan menyeluruh selama hampir tiga jam dijalankan dengan bantuan Unit Anjing Pengesan, Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Jabatan Pertahanan Awam Klang, namun tiada bahan letupan ditemui.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan bagi kesalahan menakutkan secara jenayah melalui komunikasi tanpa nama, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.

Orang ramai diingatkan agar tidak menyebarkan maklumat yang boleh menggugat ketenteraman awam, manakala yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara di talian 03-3291 9614 atau Inspektor Mohd Fazlan Rezza Mazlan di talian 011-1056 1017.

BERITA LAIN

Lelaki separuh bogel ganggu pelajar ditahan polis

MIRI: Seorang pelajar sekolah menengah berusia 16 tahun terpaksa melarikan diri ke rumah kenalan berhampiran selepas diekori lelaki separuh bogel yang didakwa mengganggunya secara seksual

BERITA TERBARU