ARTIKEL

Tiada bukti berlaku penipuan dalam Pilihan Raya Presiden AS 2020

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

WASHINGTON: Puluhan pegawai pilihan raya persekutuan dan negeri AS dalam kenyataan bersama mengatakan setakat ini tiada bukti kehilangan atau perubahan undi berlaku dalam keputusan Pilihan Raya Presiden AS, lapor Sputnik.

“Semua negeri dengan keputusan yang sengit dalam Pilihan Raya Presiden memiliki rekod kertas bagi setiap undi, membolehkan ia dilihat kembali dan dikira jika perlu.

“Ini manfaat tambahan untuk keselamatan dan ketahanannya. Proses ini membolehkan proses mengenal pasti dan pembetulan sekiranya terdapat kesilapan,” kata kenyataan itu pada Khamis.

“Tiada bukti mana-mana sistem pengundian dihapuskan atau undi hilang, mengubah undi, atau dilakukan dengan apa cara sekalipun…

Pilihan raya 3 November adalah yang paling selamat dalam sejarah Amerika.”

Kenyataan bersama itu dikeluarkan antaranya oleh pegawai dari Majlis Penyelaras Pentadbiran Infrastruktur Pilihan Raya AS, Keselamatan Siber dan Agensi Keselamatan Infrastruktur (CISA), Suruhanjaya Bantuan Pilihan Raya, Persatuan Setiausaha Negeri Kebangsaan, Persatuan Pengarah Pilihan Raya Negeri Kebangsaan.

Ia dibuat setelah Presiden bertahan Donald Trump membuat ciapan satu laporan di Twitter yang mendakwa jutaan undi dihapus dan diubah oleh sistem pengundian Dominion. – Bernama

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan