ARTIKEL

Tiada calon dan parti berkempen selepas tengah malam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tiada calon yang bertanding mahupun parti yang didapati berkempen pada pagi ini setelah tamat tempoh berkempen tengah malam tadi.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi hari ini.

“Setakat jam 12 tengah malam semalam, polis tidak mengesan sebarang aktiviti berkempen dijalankan di seluruh negeri,” katanya.

Pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak semalam, Aidi mendedahkan sebanyak 11 kompaun berjumlah RM36,000 dikeluarkan pada 6 Disember sehingga 16 Disember kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Dalam sidang media yang sama katanya, seramai 7,434 pegawai dan anggota bersedia bertugas untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 dan dibantu 3,152 orang dari Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM) dan Polis Bantuan Lembaga Pembangunan Bintulu (BDA) serta anggota dari Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di 1,866 pusat mengundi seluruh negeri membabitkan 3,555 saluran mengundi.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU