ARTIKEL

Tiada kaitan dengan vaksin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kematian seorang lelaki di Hong Kong dikatakan akibat suntikan vaksin Sinovac tiada kaitan langsung dengan kandungan vaksin berkenaan, kata ahli epidemiologi tempatan.

“Alahan teruk terhadap vaksin Covid-29 setakat ini terjadi dalam tempoh 15 hingga 30 minit setelah menerima vaksin,” kata pakar perubatan tersebut yang enggan dikenali semalam.

Beliau memetik laporan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat  (AS) di mana menyatakan bahawa tiada kematian akibat anaphilaxis dilaporkan selepas di suntik dengan vaksin Covid-19.

“Setelah itu, laporan mengenai keselamatan dan keberkesanan vaksin Sinovac dalam jurnal yang dikaji tidak mudah untuk dijumpai.

“Satu laporan diterbitkan dalam The Lancet pada 3 Februari mendapatkan terdapat kesakitan kecil dan sederhana di kawasan suntikan yang sering dilaporkan dan ia mempengaruhi sembilan peratus daripada 421 peserta.

“Terdapat beberapa kejadian buruk dilaporkan oleh dua peratus peserta, namun mereka dianggap tidak berkaitan kepada vaksin,” katanya.

Terdahulu, akhbar tempatan berpangkalan Hong Kong, The Standard melaporkan seorang lelaki berusia 63-tahun meninggal dunia dua hari selepas menerima vaksin Sinovac.

Difahamkan lelaki terbabit merupakan seorang perokok dan mengalami hipertensi, hiperlipidemia- tahap lipid tinggi dan diabetes yang merupakan faktor risiko untuk penyakit kardiovaskular yang boleh menjadi punca kematiannya.

Pada Selasa, dilaporkan Malaysia memberikan kelulusan bersyarat untuk penggunaan vaksin yang dihasilkan oleh AstraZeneca, firma United Kingdom dan Sinovac China.

Kelulusan bersyarat itu bermakna Malaysia akan menggunakan vaksin dibangunkan oleh  AstraZeneca dan Sinovac. Malaysia memulakan program imunisasi pada 24 Februari lalu menggunakan vaksin dibangunkan oleh AS iaitu Pfizer dan rakan kongsi dari Jerman, BioNTech.

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road

Pemain bintang dunia warnai bola sepak S’wak

KEHADIRAN bekas bintang kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid, Asier Illarramendi, bersama kelab Hong Kong, Kitchee SC ke Kuching cukup mengujakan ribuan peminat bola sepak di