ARTIKEL

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Tiada keperluan gubal garis panduan, bersikaplah secara lebih terbuka

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, menganggap penggubalan garis panduan melarang orang Islam menghadiri majlis atau aktiviti bukan Islam akan memburukkan imej Islam di negara ini.

Perkara itu, katanya, sedikit sebanyak mengejutkan memandangkan di Sarawak isu tersebut bukan perkara yang harus dipertikaikan, sebaliknya menjadi kekuatan yang mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat di Sarawak.

“Kenapa perlu diadakan garis panduan? Di Sarawak, kita tidak mempunyai masalah berkaitan dengan itu sehingga perlu mengeluarkan garis panduan.

“Saya merasakan hal ini (mengetatkan garis panduan) tidak sepatutnya berlaku, biarkan seperti sekarang kerana kita di Sarawak memang tiada masalah.

“Contohnya pada Hari Krismas, sekiranya kita mahu terlibat, teruskan tapi apa yang penting niat, kepercayaan dan perkara itu sudah ada undang-undang untuk mengatasinya.

“Jangan letak garis panduan Muslim di Malaysia, saya merasakan mereka berhak untuk itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada satu majlis makan malam di Hotel Margherita, Kuching, pada Jumaat.

Dalam perkembangan sama, Abdul Karim memuji Kabinet Persekutuan, khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana mengetepikan garis panduan tersebut memandangkan ia tidak menimbulkan sebarang masalah mahupun isu di negara setakat ini.

Mengulas lanjut, beliau yakin bahawa umat Islam di Malaysia, khususnya di Sarawak, sudah cukup matang untuk memikirkan tindakan salah yang melanggar hukum Islam.

Pada Rabu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, mengumumkan bahawa garis panduan baharu membabitkan pelibatan orang Islam dalam majlis atau aktiviti anjuran bukan Islam akan diperkenalkan.

Beliau memberi gambaran bahawa garis panduan itu akan mencakupi hal berkaitan ucapan atau nyanyian berbentuk propaganda, penyebaran risalah dan agama serta persembahan atau ucapan yang menghina atau mempersendakan pegangan agama masyarakat Islam.

Mengulas lanjut, Mohd Na’m memberitahu garis panduan itu akan dimuktamadkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) ke-126 yang dijadual berlangsung pada 25 hingga 27 Februari ini.

“Garis panduan ini juga melengkapi garis panduan 2005, dan masih boleh dijadikan sebagai panduan.

“Mana-mana dalam garis panduan lama bertentangan dengan yang baharu, maka garis panduan yang lama tidak akan terpakai,” katanya.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan