ARTIKEL

Profesor Datuk Mohd Fadzil Abdul Rahman

Tiada keperluan mendesak penggabungan PDP, PRS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jika penggabungan Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) berlaku, ia pasti berpotensi mencetuskan pertikaian, terutamanya dalam kalangan pemimpin kedua-dua parti khususnya apabila berkait dengan jawatan dan kedudukan.

Penganalisis politik, Profesor Datuk Mohd Fadzil Abdul Rahman, berkata paling mencabar adalah dalam menentukan calon dan kerusi menjelang pilihan raya.

“Sudah banyak sejarah dunia politik membuktikan kekecewaan angkara perebutan kedudukan, jawatan dan kerusi dalam parti.

“Ini adalah antara faktor penyumbang terbesar dalam percakaran sesama pemimpin dan ahli, yang disusuli penghijrahan keluar parti serta penubuhan parti serpihan.

“Sejarah politik di Malaysia sendiri boleh dijadikan testimoni kepada hakikat ini,” katanya yang dihubungi bagi mengulas cadangan Ahli Parlimen Julau, Datuk Larry Sng Wei Shien, agar PDP dan PRS bergabung untuk memperkuatkan lagi Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Justeru, Mohd Fadzil berpendapat tiada keperluan mendesak atau kritikal bagi penggabungan kedua-dua parti komponen GPS itu pada masa ini.

Menurutnya, kestabilan dan keutuhan GPS sebagai sebuah gabungan yang unggul pada waktu ini tidak perlu digoyahkan tanpa sebab.

“Penggabungan ini hanyalah sekadar cadangan dari seorang wakil rakyat, bukannya atas hasrat parti-parti berkenaan, apatah lagi dalam kalangan penyokong masing-masing.

“Justeru, ia tidaklah membawa apa-apa makna setakat ini,” katanya.

Mohd Fadzil menambah perjuangan kedua-dua parti berkenaan masih relevan dan boleh diteruskan seperti sedia ada walaupun tanpa penggabungan.

“Dari lensa luar, setidak-tidaknya pada waktu ini tiada keperluan untuk penggabungan itu direalisasikan melainkan sekiranya timbul situasi yang tidak dapat dielakkan,” katanya.

BERITA LAIN

Polis siasat wanita dakwa diri Imam Mahdi

KUANTAN, Pahang: Polis sedang menyiasat seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi seperti tular di media sosial sejak semalam. Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan

BERITA TERBARU

Polis siasat wanita dakwa diri Imam Mahdi

KUANTAN, Pahang: Polis sedang menyiasat seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi seperti tular di media sosial sejak semalam. Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan