ARTIKEL

UN aid is loaded on lorries to be distributed to Palestinian families and displaced families, many of whom fled the northern areas of the Gaza Strip following Israel's call to move south for their safety, in Deir al-Balah on October 28, 2023, amid the ongoing battles between Israel and the Palestinian group Hamas. Thousands of civilians, both Palestinians and Israelis, have died since October 7, 2023, after Palestinian Hamas militants based in the Gaza Strip entered southern Israel in an unprecedented attack triggering a war declared by Israel on Hamas with retaliatory bombings on Gaza. (Photo by MOHAMMED ABED / AFP)

Tiada komunikasi, tiada jaminan bantuan roti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GENEVA: Ketiadaan akses kepada telefon dan Internet di Gaza bermakna bantuan roti juga tidak lagi dijamin di wilayah itu, menurut amaran yang dikeluarkan Program Makanan Sedunia (WFP) pada Sabtu.

“Tanpa komunikasi dengan dunia luar di Gaza, kami tidak dapat menghubungi kakitangan WFP, kedai roti dan kedai. Ini bermakna sekeping roti harian yang sangat diperlukan keluarga-keluarga Palestin sudah tidak lagi dijamin.

“Kami perlukan komunikasi, bahan api dan lebih banyak laluan selamat untuk mengelakkan keluarga daripada kelaparan. Kami memerlukannya sekarang,” tulis pengarah wilayah untuk Asia Barat, Afrika Utara dan Eropah Timur agensi itu Corinne Fleischer di X, lapor Agensi Anadolu (AA).

Beliau berkata, hanya dua daripada 23 kedai roti yang masih beroperasi di Gaza.

“Untuk membolehkan 2.4 juta orang di Gaza dapat makan apa-apa yang mereka perlukan untuk setiap hari, 100 trak perlu melalui sempadan pada setiap hari hanya untuk membawa makanan,” katanya.

Tentera Israel pada Jumaat memperhebat serangan udara dan darat ke atas Semenanjung Gaza, yang mengakibatkan agensi bantuan antarabangsa mendakwa terputus hubungan dengan kakitangan mereka di Gaza selepas Israel memutuskan Internet dan komunikasi.

Sekurang-kurangnya 7,703 rakyat Palestin terbunuh sejak konflik Israel-Hamas bermula pada 7 Oktober.

Sekitar 70 peratus daripada kematian penduduk Palestin adalah wanita dan kanak-kanak, menurut angka rasmi. – Bernama-Anadolu

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU