ARTIKEL

Tiada larangan import produk tani, ikan dari Jepun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak menghalang sebarang aktiviti mengimport produk pertanian dan perikanan dari Jepun, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa memantau tahap isu keselamatan makanan termasuk pemeriksaan radiasi dan mengesahkan produk perikanan yang diimport dari negara ‘Matahari Terbit’ itu selamat untuk dimakan.

“Bagaimanapun kita letak sebarang perikanan yang datang daripada Jepun di tahap empat iaitu peringkat yang kita paling ambil perhatian.

Jadi makanlah sebarang ikan yang datang dari Jepun, selamat,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Jepun Miyashita Ichiro, di sini semalam.

Sebelum ini, beberapa negara membangkitkan kebimbangan susulan tindakan Tokyo melepaskan air radioaktif dirawat dari loji nuklear Fukushima ke Lautan Pasifik.

Tindakan tersebut mendorong China, Hong Kong dan Korea Utara mengambil tindakan segera menyekat produk hasil laut negara itu.

Mengulas sama ada terdapat kemungkinan negara akan meningkatkan import beras dari negara pembekal ASEAN yang lebih murah kosnya, Mohamad berkata perkara itu dibincangkan dengan Padiberas Nasional Berhad (Bernas).

“Bernas lebih mengetahui dan kita bincang dari semasa ke semasa,” katanya.

Sementara itu Mohamad berkata Kabinet akan membuat keputusan berkaitan subsidi ayam dan telur dalam masa terdekat selepas beliau membentangkan situasi terkini bahan mentah tersebut pada mesyuarat.

“Sekarang ayam dan telur keadaan sudah stabil, harga di bawah siling.

Jadi mungkin Kabinet buat keputusan sesuatu. Kita tunggu keputusan tersebut,” katanya. – Bernama

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha