ARTIKEL

Tiada mesyuarat pertubuhan sehingga Jun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Semua pertubuhan dilarang daripada mengadakan program, aktiviti, persidangan, perhimpunan, mesyuarat agung sehingga 30 Jun dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19.

Pengarah Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) Sarawak, Georgina Apphia Ngau berkata, arahan khas itu dikeluarkan selaras dengan kuasa-kuasa pendaftar di bawah Seksyen 3A, Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335].

“Larangan ini terpakai di setiap peringkat pertubuhan termasuk cawangan- cawangan di seluruh negeri.

“Ini kerana situasi penularan Covid-19 semakin meruncing,” katanya menerusi satu kenyataan.

Bagaimanapun, tambah Georgina, sekiranya sehingga tarikh 30 Jun, wabak Covid-19 masih dalam situasi meruncing maka pertubuhan harus mengemukakan permohonan kepada ROS untuk pertimbangan lanjutan tempoh daripada tarikh awal yang telah ditetapkan.

“Permohonan perlanjutan bertujuan mengelakkan penyalahgunaan oleh pertubuhan berdaftar ke atas undang-undang pertubuhan serta Akta 335.

“Kita berharap agar segala usaha
dan langkah pencegahan yang dilakukan oleh kerajaan dapat membantu mencegah penularan Covid-19 dan sekali gus melindungi rakyat Malaysia daripada wabak ini,” jelasnya.

Menurutnya, secara normal mesyuarat-mesyuarat perlu dilaksanakan seperti yang telah ditetapkan dalam perlembagaan pertubuhan masing-masing.

BERITA LAIN

254 projek RTP dilaksana di Machan sejak 2021

KUCHING: Sebanyak 254 projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machan dari 2021 hingga 2026 bagi meningkatkan kemudahan asas

BERITA TERBARU

254 projek RTP dilaksana di Machan sejak 2021

KUCHING: Sebanyak 254 projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machan dari 2021 hingga 2026 bagi meningkatkan kemudahan asas