ARTIKEL

Nor Anizan menunjukkan harga ‘Beras Putih Super (Import)’ yang telah diturunkan selepas pengumuman pemberian subsidi oleh kerajaan.

Tiada penjualan beras plastik di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tiada penjualan beras plastik berlaku di Sarawak, kata Pengarah Pejabat Kawalselia Padi dan Beras (KPB) Cawangan Kuching Nor Anizan Radzali.

Justeru, beliau menolak serta menafikan isu beras plastik yang tular di media sosial baru-baru ini sehingga menyebabkan kegusaran orang ramai di negeri ini.

Salah seorang pekerja di sebuah kilang pemproses beras menjalankan proses pembungkusan beras.

“Sampel beras dari pemborong-pemborong yang terlibat dalam isu tersebut telah dibawa ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.

“Hasil pemeriksaan dan penilaian pertama, perkara berkenaan didapati tidak berlaku,” katanya ketika ditemui pada program Influencer@JaPen Sarawak Edisi Khas oleh Jabatan Penerangan Malaysia, Sarawak di sini hari ini.

Menurutnya, pemprosesan beras plastik adalah melibatkan kos yang tinggi berbanding kos proses beras biasa.

Sehubungan itu, beliau percaya pemborong-pemborong di Sarawak tidak akan mengambil risiko atas faktor kos berkenaan.

“Setakat ini, kilang pemprosesan beras plastik juga tidak wujud di Sarawak,” katanya.

Menjelas lanjut, Nor Anizan berkata kemasukan beras import ke Malaysia melalui Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) perlu melepasi beberapa tapisan oleh beberapa agensi dan oleh itu, adalah mustahil beras plastik boleh masuk ke negara (atau negeri) ini sewenang-wenangnya.

Sementara berkaitan kenaikan harga beras, beliau berkata bermula 5 Oktober lalu, kerajaan telah memberikan subsidi sebanyak RM950 bagi setiap tan metrik (Beras Putih Import – BPI) kepada Sabah dan Sarawak bagi membolehkan rakyat di kedua-dua negeri itu mendapatkan beras pada harga maksimum RM31 untuk setiap 10 kilogram.

“BPI bersubsidi yang dijual boleh dikenal pasti melalui logo berwarna biru muda dengan tulisan ‘Beras Putih Super (Import)’ pada paket beras berkenaan.

“Semua beras dengan logo tersebut perlu dijual pada harga subsidi (RM31) yang ditetapkan, tanpa mengira jenama beras itu,” katanya.

Malah, Nor Anizan berkata pemborong-pemborong beras di Sibu bersetuju sebulat suara untuk menurunkan harga BPI bermula 6 Oktober dan 90 peratus harga beras putih import di pasaran Sibu telah diturunkan.

Manakala, katanya pemborong beras di Kuching memohon agar diberikan tempoh sehingga semalam (9 Oktober) untuk membuat penurunan harga di pasaran.

“Hasil pemantauan PKB semalam mendapati kebanyakan pasar raya di Kuching telah menurunkan harga beras,” katanya.

Nor Aniza berkata orang ramai boleh menyalurkan aduan atau sebarang pertanyaan mengenai bekalan atau harga beras menerusi http://skpb.kpkm.gov.my/adu atau menghubungi talian ‘hotline’ pejabat KPB (Kuching): 082-578 941/ 013-292 0223, (Sibu): 084-326 494/ 017-478 8479 atau (Miri): 085-665 523/ 011-5859 8300.

BERITA LAIN

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

BERITA TERBARU

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

Polis Sahkan Pegawai Kastam Maut Dipercayai Dibunuh Suami

NILAI: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.