ARTIKEL

Tiada PRK Parlimen Subang – SPR

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Subang tidak akan diadakan susulan peletakan jawatan penyandangnya Wong Chen sebagai Ahli Parlimen kawasan itu.

Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun berkata perkara itu adalah berdasarkan Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan, iaitu Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Dr Johari Abdul telah memaklumkan kepada SPR bahawa tiada keperluan bagi mengisi kekosongan luar jangka berkenaan.

“Tiada PRK bagi Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.104 Subang akan dijalankan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata SPR menerima pemakluman daripada Johari melalui surat bertarikh hari ini berhubung status kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Subang selepas diisytiharkan kosong di bawah Perkara 51 Perlembagaan Persekutuan.

Terdahulu, Johari pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini mengesahkan beliau telah menerima notis peletakan jawatan Wong Chen secara rasmi semalam.
— BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU