SUPP ikrar kekal relevan, terus beri khidmat

Trending

TIADA TAMBAHAN JUMLAH ACARA UNTUK SUKMA 2024

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Menteri Belia, Sukan dn Pembangunan Ushawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah

KUCHING: Jumlah acara sukan yang akan dipertandingkan dalam Sukan Malaysia (Sukma) 2024 di Sarawak tidak ditambah biarpun ada pihak meminta supaya beberapa acara lagi dimasukkan dalam temasya dwitahunan itu.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata Majlis Sukan Negara (MSN) memutuskan menyenaraikan 32 acara dalam temasya itu dan telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh serta semua menteri dan exco sukan negeri dalam satu mesyuarat baru-baru ini.

“Kami semua sudah bermuafakat, saya tidak fikir kami akan membuka kepada lebih banyak (acara) lagi. Bagi Sukma 2024 ini, (bukan sahaja) kabaddi malah kanu juga tidak ada dalam senarai acara dipertandingkan,” katanya pada sidang media.

Beliau mengulas permintaan peminat sukan di media sosial yang mahu lebih banyak acara sukan pada temasya itu termasuk kabaddi.

Sementara itu, Abdul Karim turut mengumumkan Sarawak telah memenangi bidaan menjadi tuan rumah Persidangan Persatuan Pengurusan Sukan Asia 2023 yang akan diadakan di sini pada 19 dan 20 Ogos depan. 

Baca lain  Pearly-Thinaah yakin kekal prestasi baik di Terbuka Singapura

Katanya persidangan itu yang dijangka dihadiri 500 peserta daripada lebih 25 negara, akan menjadi titik pertemuan bagi pihak berkepentingan sukan untuk meneroka kerjasama penyelidikan, penempatan amali dan peluang pengurusan data sukan.
– Bernama

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Kemenangan ke-13 JDT

SKUAD Johor Darul Ta’zim (JDT) mengekalkan rekod bersih apabila melakarkan

Perasmian menakjubkan

KEMBOJA mengalu-alukan penyertaan 2,000 atlet ‘istimewa’ dengan pericikan bunga api

E-Paper

5 Jun 2023

Berita Terbaru