ARTIKEL

UNTUK RAKYAT... Kasdi bergambar kenangan bersama-sama penduduk Rumah Panjang Dom Brues Sungai Antu.

Tidak ada kawasan dipinggirkan dalam peruntukan RTP

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARATOK: Peruntukan di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) Kerajaan Sarawak turut memanfaatkan rumah panjang terutama dalam mengubah wajahnya kepada lebih cantik.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kalaka Mohamad Duri berkata, peruntukan tahunan RTP diagihkan ke seluruh kawasan melibatkan kampung, rumah panjang dan sekolah.

“Maknanya, tidak ada kawasan dipinggirkan. Bagi Rumah Panjang Dom Bruea di Sungai Antu, ia akan berwajah baharu

“Penduduk di situ menzahirkan keterujaan setelah permohonan mereka untuk menaik taraf prasarana rumah panjang diluluskan melalui peruntukan RTP,” katanya selepas perjumpaan dengan penduduk bagi mengenal pasti prasarana yang akan dinaik taraf di rumah panjang tersebut.

Mohamad yang diwakili Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Kalaka Kaunselor Kasdi Pandi menambah, projek menaik taraf prasarana melalui RTP kali ini dapat disalurkan kepada penduduk rumah panjang setelah diluluskan oleh pihak Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Beliau turut menegaskan, ada beberapa projek yang dilaksanakan secara berfasa dan berperingkat-peringkat memandangkan kos pelaksanaan agak tinggi.

“Pun demikian, kita syukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Sarawak yang komited merancakkan lagi pembangunan kawasan luar bandar.

“Ia untuk memastikan masyarakat luar bandar sama-sama dapat menikmati pembangunan yang berimpak tinggi mengikut denyut nadi rakyat.

“Seterusnya, terus maju dari segi pembangunan infrastruktur asas, ekonomi dan modal insan,” ujarnya.

BERITA LAIN

Nanta kesal akaun TikTok palsu guna namanya

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila terdapat akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama Alexander Nanta

Impian enam tahun tercapai, terima kasih Datuk Ding !

BINTANGOR: Impian enam tahun seorang remaja perempuan untuk mendapat kelulusan taraf kewarganegaraan akhirnya kesampaian apabila permohoban itu diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Permohonan remaja

BERITA TERBARU

Nanta kesal akaun TikTok palsu guna namanya

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila terdapat akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama Alexander Nanta