ARTIKEL

Tidak sepatutnya 60 hari selepas 1 Ogos

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARATOK: Tempoh sah Dun Sarawak sepatutnya berakhir pada Januari 2022, sementara Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) harus diadakan 60 hari selepas itu dan tidak sepatutnya selepas 1 Ogos apabila Proklamasi Darurat tamat secara rasmi.

Pandangan tersebut ditegaskan oleh Ahli Parlimen Saratok Datuk Ali Biju, dan menurutnya, Proklamasi Darurat yang berkuat kuasa secara retrospektif pada 11 Januari hingga 1 Ogos iaitu lebih kurang tujuh bulan telah menghentikan tempoh sebenar Parlimen atau semua Dun.

“Berdasarkan pengumuman Perdana Menteri, merujuk perenggan No. 21 dan No. 22 secara khusus menyatakan Parlimen dan semua Dun di bawah darurat dihentikan secara berkesan. “Istilah stop the clock – merupakan konvensyen yang diamalkan oleh Parlimen dan Dun yang mengikut sistem pemerintahan Westminster.

“Maknanya, jam Dun Sarawak akan mula berdetik semula selepas tengah malam 2 Ogos atau dengan kata lain, tidak masuk akal untuk menghitung bulan dari 11 Januari hingga 1 Ogos. “Oleh itu, saya percaya Dun Sarawak tidak akan dibubarkan secara automatik pada 2 Ogos depan kerana kita harus melanjutkan tujuh bulan sebagai tempoh sah Dun sebaik Proklamasi Darurat tamat,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Jelas Adun Krian itu lagi, jika darurat tidak diisytiharkan, Dun Sarawak akan berakhir pada 6 Jun lalu iaitu lebih kurang lima bulan dengan 60 hari tambahan. “Justeru, ini menjadikan Dun Sarawak terbubar secara automatik dua bulan kemudian iaitu 5 Ogos 2021.

“Namun akibat darurat, maka Dun Sarawak mempunyai lima bulan selepas 2 Ogos sebelum tamat, iaitu Januari 2022… dengan tempoh 60 hari selepas itu, pembubaran Dun Sarawak secara automatik akan jatuh pada Mac 2022,” ujarnya.

Tambah Ali, tempoh masa sepanjang darurat tidak harus dihitung, sebaliknya perlu bermula setelah ia berakhir iaitu 2 Ogos. Beliau bagaimanapun menyerahkan keputusan kepada pakar perlembagaan untuk menyelesaikannya, dan akhirnya hak prerogatif untuk mengumumkan tarikh PRN-12 terletak pada Ketua Menteri.

Katanya, beliau bersetuju jika PRN-12 diadakan ketika keadaan lebih stabil dan negeri sudah mencapai imuniti kelompok.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Ratusan rakyat Indonesia gempur kerajaan

JAKARTA: Ratusan rakyat Indonesia berkumpul di tengah Jakarta pada Rabu bagi membantah kesukaran ekonomi, rasuah dan cara kerajaan mengendalikan kebakaran hutan teruk yang menyebabkan jerebu

Yusuf Mahardika Lawan Rasa Takut

Mengakui dirinya penakut, pelakon Indonesia, Yusuf Mahardika, terpaksa berfikir dua kali sebelum menerima tawaran membintangi filem seram Rambut Sewu: Satu Langkah Geth. Namun, demi mencabar