ARTIKEL

Tidak terikat arahan Persekutuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak sememangnya akan mengekalkan komunikasi menggunakan bahasa Inggeris sejajar dengan terma Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Datuk Snowdan Lawan.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan itu berkata, Sarawak memilih untuk terkecuali daripada dasar yang ditetapkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Menurutnya lagi, penggunaan bahasa Inggeris penting terutamanya dalam komunikasi dan perdagangan yang menjadikan negeri ini lebih terbuka kepada dunia.

“Seiring dengan keadaan Sarawak yang semakin membangun, komunikasi menggunakan bahasa Inggeris sangat kritikal.

“Malah, bahasa tersebut telah diterapkan dalam silibus di sekolah selama berabadabad sejak zaman Brooke dan kemudian kepada pentadbiran British.

“Sukar untuk mengubah apaapa yang telah diamalkan dan tertanam dalam diri masyarakat, apatah lagi menamatkannya secara tiba-tiba,” katanya.

Untuk itu, penggunaan bahasa Inggeris di Sarawak akan dikekalkan dan agensi kerajaan masih boleh berkomunikasi secara rasmi dalam bahasa tersebut.

“Allahyarham Tok Nan juga telah memberi jaminan ini semasa beliau menerajui negeri sebagai Ketua Menteri sebelum ini.

“Begitu juga Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi jaminan bahawa hak negeri untuk menggunakan bahasa Inggeris dilindungi di bawah Perkara 161 (3) Perlembagaan Persekutuan yang merupakan kontrak sosial kami,” jelasnya.

Sementara, Ahli Dewan Undangan Negeri Serembu Miro Simuh berkata, Kerajaan Sarawak tidak terikat dengan arahan Kerajaan Persekutuan melihat kepada konteks surat-menyurat dalam negeri ini.

Jelasnya, amalan dan pelaksanaan sedia ada perlu diteruskan tanpa ragu-ragu dan kerajaan negeri maklum akan keadaan tersebut.

“Surat-menyurat di peringkat tersebut boleh dibuat dalam Bahasa Malaysia, bahkan urusan melibatkan jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan memang kita buat dalam Bahasa Malaysia.

“Namun, tidak perlu mengikut langkah mereka (Kerajaan Persekutuan) sekiranya suratmenyurat itu melibatkan urusan dalaman negeri,” ujarnya ringkas

. Terdahulu, Anwar mengingatkan agensi kerajaan supaya tidak melayan sebarang urusan surat-menyurat yang tidak ditulis dalam bahasa Melayu.

BERITA LAIN

Urus tanah gambut secara menyeluruh

KUCHING: Sarawak perlu memperkukuh pengurusan tanah gambut secara menyeluruh bagi mencegah kebakaran dan mengurangkan risiko jerebu, terutama menerusi strategi berasaskan sains dan perancangan jangka panjang.

BERITA TERBARU

Urus tanah gambut secara menyeluruh

KUCHING: Sarawak perlu memperkukuh pengurusan tanah gambut secara menyeluruh bagi mencegah kebakaran dan mengurangkan risiko jerebu, terutama menerusi strategi berasaskan sains dan perancangan jangka panjang.