Tiga bahagian catat IPU tidak sihat

KUCHING: Tiga bahagian di Sarawak mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 9 pagi ini.

Menurut Sekretariat JPBN, tiga bahagian terbabit ialah Sri Aman dengan bacaan IPU 122, Samarahan (105) dan Miri (101).

Di samping itu, 11 kawasan mencatatkan IPU bacaan sederhana iaitu SK Baram (70), Kuching (98), Sarikei (81), Samalaju (77), Bintulu (79), Sibu (72), Mukah (82), Kapit (62) dan Limbang (52).

Malah, empat titik panas dikesan di Sarawak.

Terdahulu, titik panas hanya dikesan di Kalimantan dengan 455 dan tujuh lagi di Sumatera.

Suara Sarawak