KUCHING: Tiga anak beranak sempat menyelamatkan diri dalam kejadian kebakaran yang menyebabkan rumah kediaman mereka hangus menyeluruh di Kampung Sejijak, di sini, hari ini.
Pemilik rumah Mohtram Asin, 70, berkata beliau bersama isteri dan anak perempuannya masih berada di tingkat bawah rumah sebelum menyedari api mulai merebak di bahagian tingkat atas.
“Ketika saya menjenguk di bahagian atas api sudah pun besar sebelum meluru semula ke bawah dan memberitahu isteri dan anak untuk keluar daripada rumah,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak.
Mohtram menambah kejadian berkemungkinan berpunca daripada litar pintas yang berlaku di tingkat atas rumah berikutan mereka sekeluarga termasuk tiga anaknya hanya mendiami tingkat bawah rumah sahaja.
“Ketika kejadian dua lagi anak lelaki saya keluar bekerja manakala kami bertiga sahaja yang menetap di rumah ketika kejadian,” dedahnya.
Sementara itu Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak mengesahkan kediaman kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat berstruktur tidak kekal berukuran 20 x 12 persegi telah terbakar 100 peratus.
Menurutnya, turut terjejas akibat kebakaran iaitu sebuah stor yang berada di belakang rumah berukuran 10 x 8 persegi hangus menyeluruh.
“Kerja-kerja pemadaman telah dibuat dan hasil pemeriksaan mendapati kebakaran tidak melibatkan kemalangan jiwa.
“Operasi pemadaman kebakaran yang melibatkan seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya selesai sepenuhnya pada jam 5.24 petang,” ujar kenyataan itu.



Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan
BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan
