ARTIKEL

Tiga import kekal, ambil semula Alves

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KELAB Kuching City FC mengekalkan tiga import asing, Bryan Jones, Hudson Dias dan Yuta Suzuki bagi menghadapi musim 2021.

Pada masa yang sama mereka mengambil semula penyerang dari Brazil, Leonardo Alves yang cedera pada awal musim 2020.

Beliau kini sudan pulih sepenuhnya dan bersedia untuk mengemudi jentera serangan Kuching City FC. Manakala pemain pertahanan, Yuki Tanigawa dari Jepun menolak tawaran untuk kekal.

“Kehadiran semula Alves akan menguatkan lagi jentera serangan kita,” kata Pengerusi Kuching City FC, Fazzrudin Abdul Rahman.

“Kami belum membuat keputusan sama ada mengambil import tempatan dari Semenanjung atau sebaliknya… ia terpulang kepada jurulatih (Irfan Bakti),” ujarnya.

Sesi latihan Kuching City FC sudah bermula sebagai persiapan awal pramusim. Mereka akan menjelajah ke enam bahagian di Sarawak mulai 7 Disember ini hingga 21 Disember. E

nam pasukan yang akan ditentang ialah Sri Aman, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU