ARTIKEL

Kebakaran kenderaan berhampiran Simpang Debak di sini, hari ini.

Tiga individu selamat selepas Perodua Alza terbakar di Debak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DEBAK: Tiga individu terselamat selepas Perodua Alza yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan kendiri berhampiran Simpang Debak, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, kenderaan berkenaan dilaporkan terbabas sebelum terbalik di bahu jalan dan terbakar hampir keseluruhannya.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memaklumkan dalam kenyataan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 2.01 petang.

Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong digerakkan ke lokasi dan sebaik tiba pada 2.26 petang, sebuah Perodua Alza didapati terbakar di tepi jalan.

Bagaimanapun, ketiga-tiga mangsa berjaya menyelamatkan diri dan dilaporkan selamat.

Kesemua mangsa kemudiannya dibawa oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ke Klinik Kesihatan Debak untuk menjalani pemeriksaan.

Operasi pemadaman diketuai PBK II Prangka Kudang bersama lima anggota dengan menggunakan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT).

Kebakaran turut merebak ke kawasan belukar berhampiran lokasi kejadian, namun berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya.

Kebakaran berjaya dikawal pada jam 2.35 petang, manakala operasi ditamatkan sepenuhnya kira-kira 10 minit kemudian selepas pasukan bomba memastikan kawasan berkenaan berada dalam keadaan selamat.

Kebakaran kenderaan berhampiran Simpang Debak di sini, hari ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU