ARTIKEL

P1-P4: MAUT…Tiga kanak-kanak yang terjatuh di dalam kolam kumbahan sedalam kira-kira dua meter disahkan maut, petang tadi.

Tiga kanak-kanak lemas dalam kolam kumbahan di Sibu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Hanya sekelip mata, keceriaan tiga kanak-kanak yang bermain berhampiran Flat Sibu Jaya bertukar duka apabila mereka disahkan maut selepas terjatuh ke dalam kolam kumbahan sedalam kira-kira dua meter, petang tadi.

MAUT…Tiga kanak-kanak yang terjatuh di dalam kolam kumbahan sedalam kira-kira dua meter disahkan maut, petang tadi.

Komander Operasi, PBK I Wiston Tan berkata, panggilan kecemasan diterima pada 4.03 petang sebelum sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya digerakkan segera ke lokasi.

‘’Setibanya di lokasi, pihak bomba mendapati ketiga-tiga mangsa iaitu dua kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki dibawa naik ke tebing kolam oleh orang awam.

‘’Walaupun usaha awal itu dilakukan dengan pantas, nyawa mereka tidak dapat diselamatkan,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Wiston berkata, mangsa Macx Devdynne Sharie Merdeka, 12, Macx Welwait Merdeka, 9, dan Daniella Arissa Tayas Maringgai, 10 disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kesemua mangsa diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan dan siasatan lanjut.

‘’Kehilangan ini amat dirasai oleh keluarga serta jiran tetangga.

‘’Ia menjadi peringatan kepada kita semua untuk sentiasa berhati-hati, terutamanya menjaga keselamatan kanak-kanak di kawasan berisiko,” katanya menambah, kes ini diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, operasi menyelamat turut dibantu PDRM dan KKM, menggunakan sebuah jentera dan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Triton.

MAUT…Tiga kanak-kanak yang terjatuh di dalam kolam kumbahan sedalam kira-kira dua meter disahkan maut, petang tadi.

BERITA LAIN

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil

BERITA TERBARU

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil