KUCHING: Tiga kawasan penempatan di daerah Julau, Betong dan Sarikei dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, tiga kawasan tersebut termasuk Rumah Ukam, Nanga Engkamop, Julau, Rumah Sibat, Penurin, Betong dan Rumah Robert, Ulu Paoh, Sarikei.
“Bagi PKPD di Rumah Ukam, Nanga Engkamop, Julau, PKPD dilaksanakan bermula dari 1 hingga 14 Mei ini.
“Manakala bagi Rumah Sibat, Penurin, Betong, PKPD dilaksanakan bermula 4 hingga 17 Mei ini.
“PKPD Rumah Robert, Ulu Paoh, Sarikei pula dilaksanakan bermula 5 Mei hingga 11 Mei ini,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, JPBN mendedahkan bahawa PKPD bagi Rumah Mut. Nanga Maong, Sungai Mujok, Julau dilanjutkan bermula 3 hingga 09 Mei ini.
“Manakala PKPD bagi Rumah Malong, Sungai Melaban, Sare, Sarikei dilanjutkan bermula 4 hingga 10 Mei ini.
“Turut dilanjutkan PKPD adalah Rumah Nyawin, Sg. Rian, Bintangor, Meradong yang bermula 4 hingga 17 Mei ini,” katanya lagi.