ARTIKEL

Tiga kes tuntutan palsu wang tidak dituntut, empat suspek ditahan reman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu telah menerima tiga laporan polis berkaitan tuntutan palsu Wang Tidak Dituntut (WTD) oleh tiga mangsa berbeza di sini.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili dalam satu kenyataan hari ni berkata ketiga-tiga mangsa telah membuat semakan melalui sistem E-Gumis Jabatan Akauntan Negara Malaysia dan mendapati mereka mempunyai wang tidak dituntut.

Namun jelasnya, apabila mangsa cuba membuat proses tuntutan, didapati wang mangsa telah dituntut oleh individu tidak dikenali.

“Ketiga-tiga laporan polis telah dibuka kertas siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 420/471 Kanun Keseksaan.

Jumlah keseluruhan kerugian melibatkan RM175,014.89,” katanya.

Zulkipli berkata suspek dipercayai menggunakan dokumen palsu seperti salinan sijil kematian palsu, salinan sijil probet palsu dan salinan surat akuan sumpah palsu untuk membuat tuntutan wang tidak dituntut milik mangsa.

Ketiga-tiga mangsa, katanya lagi, menafikan mengenali suspek yang membuat tuntutan tersebut dan hadir ke balai polis untuk membuat laporan bagi tindakan polis selanjutnya.

Baca lain  Tiga legenda Sacred Heart terima Anugerah ‘Golden Knight’ SHOSA

Rentetan itu pada hari ini, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Sibu telah membuat tangkapan dan rampasan ke atas empat suspek serta memohon penahanan reman bagi siasatan lanjut kes.

Sebagai langkah pencegahan, beliau menasihatkan orang ramai membuat semakan WTD melalui laman E-Gumis, Jabatan Akauntan Negara Malaysia dan jika terdapat berlakunya tuntutan palsu, laporkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya.

“Selain itu, orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang tuntutan menggunakan dokumen dan identiti palsu.

“Sebarang nasihat atau maklumat lanjut, boleh dirujuk kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 dan ikuti laman facebook @CyberCrimeAlertRMP @JSJKPDRM.

“Buat juga semakan pengesahan akaun bank dan nombor telefon yang diragui melalui laman sesawang
http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/,” tegas Zulkipli.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Jambatan Sebauh dijangka siap lebih awal

SEBAUH : Kemajuan kerja-kerja pembinaan Jambatan Sebauh menyeberangi Sungai Kemena dekat sini berada pada tahap 12.67 peratus dan lebih awal. Menurut Timbalan Premier Datuk Amar

Bangunan Persatuan Autistik Kuching diperbesar

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan geran sebanyak RM4,179,000 untuk membina blok pendidikan tiga tingkat kedua Persatuan Autistik Kuching (KAA) yang baharu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan

BERITA TERBARU