ARTIKEL

Kredit: Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah | Bernama

Tiga lagi daerah di Sabah dilanda banjir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA KINABALU: Tiga lagi daerah di Sabah iaitu Sipitang, Sook dan Beaufort mula dilanda banjir pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dan satu pusat pemindahan kekal (PPK) diaktifkan di daerah terbabit.

Menurut kenyataan itu, dua PPS dibuka di Sipitang iaitu di Dewan Mini Mesapol dan Dewan Sekolah Kebangsaan Padang Berampah diikuti satu di Sook iaitu di Dewan SLDB Dalit Gana, manakala di Beaufort pula PPK Selagon dibuka untuk menempatkan penduduk terjejas.

“Pemindahan penduduk yang terjejas ke PPS dan PPK masih dilakukan pada pagi ini,” menurut kenyataan itu.

Sipitang dan Beaufort adalah daerah di pantai barat Sabah terletak arah Barat Daya dari Kota Kinabalu, manakala Sook merupakan daerah di pedalaman Sabah.

Sementara itu, situasi banjir di Pitas tidak berubah dengan 1,695 orang daripada 861 keluarga masih berlindung di lima PPS setakat pagi ini. — Bernama

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU