Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Tiga lelaki aktif pecah rumah di Sibu ditahan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Barang kes yang dirampas daripada ketiga-tiga suspek.

SIBU: Polis menumpaskan sindiket pecah rumah yang aktif menjalankan kegiatan itu di daerah Sibu dengan menahan tiga lelaki tempatan dalam operasi membanteras kegiatan pecah rumah pada 15 Februari hingga 19 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili dalam satu kenyataannya hari ini berkata, penahanan tiga lelaki telah menjurus kepada penyelesaian tujuh kes pecah rumah di sini yang dilaporkan sebelum ini.

TIGA suspek yang ditahan.

“Ketiga-tiga suspek yang ditahan merupakan warga tempatan berusia antara 25 hingga 28 tahun.

“Suspek-suspek ditahan dalam operasi membanteras kegiatan pecah rumah di daerah Sibu yang dilancarkan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu bermula dari 15 Februari sehingga 19 Mac lalu,” katanya.

Tambah beliau, semakan juga mendapati kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau iaitu pecah rumah, curi serta penyalahgunaan dadah.

Beliau mengatakan turut dirampas daripada suspek ialah beberapa barang berkaitan kes pecah rumah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Ibu dari neraka

KUCHING: Seorang wanita tempatan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini,

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru