ARTIKEL

TAHAN — Antara suspek terlibat dalam penyalahgunaan dadah yang ditahan, semalam.

Tiga lelaki ditahan dalam Op Tapis di Bau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Hasil risikan dan pemantauan berterusan polis membawa kepada penahanan tiga lelaki yang dipercayai terlibat dalam penyalahgunaan dadah dalam satu operasi khas di Kampung Lidah Tanah, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Bau, P/Supt Mohd Haide A. Rahman berkata operasi dikenali sebagai Op Tapis itu dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau bersama anggota IPD Bau.

“Operasi berkenaan dilaksanakan dari kira-kira 11 pagi hingga 5 petang susulan maklumat awam dan risikan polis terhadap aktiviti dadah di kawasan terbabit,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Haide berkata pemeriksaan terhadap salah seorang suspek membawa kepada penemuan satu keratan kertas timah mengandungi separuh biji pil disyaki dadah jenis Erimin 5.

Menurutnya, bahan terlarang itu dianggarkan seberat 0.20 gram dan suspek berkenaan ditahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi membantu siasatan.

“Dalam operasi sama, dua lagi lelaki yang ditahan telah menjalani ujian saringan awal air kencing dan didapati positif dadah,” katanya.

Beliau berkata kedua-dua suspek itu kemudiannya ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana penyalahgunaan dadah.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai agar menyalurkan maklumat melalui Hotline JSJN Bukit Aman di 012-208 7222 atau Hotline JSJN IPK Sarawak di 017-592 9211.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU