ARTIKEL

Tiga lelaki ditahan disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah, semalam.

Tiga lelaki ditahan dalam serbuan dadah di Mukah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Tiga lelaki tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan berhampiran rumah sewa di Kampung Tellian Tradisi, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias berkata, serbuan itu dijalankan oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah kira-kira jam 1.15 tengah hari hasil maklumat risikan.

Menurut beliau, serbuan dilakukan di tepi jalan berhampiran sebuah rumah sewa di kampung berkenaan.

“Semasa pemeriksaan dijalankan, satu keratan tiub straw lutsinar yang mengandungi ketulan kristal dipercayai dadah jenis methamphetamine ditemukan dalam simpanan suspek berusia 24 tahun.

“Anggaran berat kasar dadah yang dirampas ialah 0.46 gram,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujian air kencing yang dijalankan terhadap ketiga-tiga suspek mendapati mereka positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Suspek yang disyaki memiliki dadah disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Manakala dua suspek lain disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) akta yang sama,” katanya.

BERITA LAIN

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

BERITA TERBARU

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk