ARTIKEL

SELAMAT... Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda berhampiran simpang Sangan di Jalan Tatau-Sibu semalam.

Tiga mangsa cedera, dua parah dalam kemalangan dua kenderaan pacuan empat roda

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TATAU: Dua lelaki cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda berhampiran simpang Sangan di Jalan Tatau-Sibu semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tatau, Jankey Jikat, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 3.36 petang.

Beliau berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tatau dikerahkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan kerja menyelamat.

“Setiba pasukan bomba di lokasi kejadian, didapati benar belaku kemalangan jalan raya yang melibatkan dua buah kenderaan jenis Toyota Hilux ‘single cabin’ warna putih dan ‘double cabin’ warna hitam yang dipercayai dari Tatau menghala ke Sibu.

“Seorang mangsa yang tersepit di dalam kenderaan pertama mengalami kecederaan parah manakala dua lagi mangsa yang menaiki kenderaan kedua berjaya keluar.

“Seorang daripada mereka cedera parah manakala seorang lagi mengalami kecederaan ringan,” katanya.

Menurut Jankey lagi, pasukan bomba menggunakan alat menyelamat bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan membuka pintu kenderaan.

Ketiga-tiga mangsa kemudian diserahkan kepada kakitangan perubatan dari Klinik Tatau untuk rawatan lanjut.

BERITA LAIN

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan

BERITA TERBARU