ARTIKEL

Tiga mangsa penipuan Macau Scam rugi hampir RM80 ribu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jumlah kerugian akibat macau scam yang melibatkan tiga mangsa dilaporkan hari ini ialah RM79,992.44.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Sarawak, Supt. Mustafa Kamal Gani Abdullah, tiga mangsa terjerat apabila suspek hanya menakutkan mereka terlibat dengan kesalahan pelbagai jenayah.

“Di Kuching, seorang pesara wanita berusia 58 tahun rugi RM54,000 selepas menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai polis dari Pulau Pinang.

“Suspek memberitahu yang mangsa terlibat dengan jenayah dadah dan penggubahan wang haram serta menawarkan khidmat untuk menyelesaikan perkara terbabit,” katanya menerusi satu kenyataan.

Kata Mustafa, akibat panik, mangsa mengikuti arahan suspek dan memindahkan wangnya ke akaun bank suspek.

“Di Miri pula, seorang peniaga lelaki berusia 51 tahun rugi RM19,99.74 selepas menerima panggilan memberitahu wujudnya kad kredit didaftarkan atas nama mangsa.

“Mangsa menafikan dakwaan tersebut sebelum diarahkan oleh suspek memindahkan wang ke akaun banknya untuk tujuan siasatan,” jelasnya.

Tambah Mustafa Kamal, mangsa terpedaya dan melakukan pemindahan ke akaun bank suspek sebelum sedar dirinya ditipu.

“Seorang konsultan wanita berusia 45 wanita di Miri juga rugi RM5,992.70 selepas menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki memberitahu mangsa tidak membayar cukai kepada pihak kerajaan.

“Suspek memberitahu mangsa terlibat dengan penggubahan wang haram dan menawarkan khidmat dalam menyelesaikan kes terbabit,” ujarnya.

Mustafa Kamal berkata, turut terpedaya, mangsa memindahkan wang ke akaun bank suspek sebelum sedar dirinya ditipu.

BERITA LAIN

Wong mahu mekanisme cuti gantian diperjelas

KUCHING: Mekanisme pemberian cuti gantian apabila beberapa cuti umum jatuh secara berturut-turut perlu diperjelas bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan majikan dan pekerja, khususnya berkaitan perancangan

BERITA TERBARU