ARTIKEL

Sekatan polis menghalang pintu masuk ke Buford's, sebuah bar gaya roadhouse yang menjadi lokasi kejadian tembakan beramai-ramai yang membawa maut di Austin, Texas, AS, 2 Mac 2026. REUTERS/Nuri Vallbona

Tiga maut, 14 cedera dalam insiden tembakan di Texas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

WASHINGTON: Tiga orang maut manakala 14 yang lain cedera dalam insiden tembakan di pusat bandar Austin, Texas pada awal pagi Ahad, menurut pihak berkuasa selepas seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan berhampiran sebuah premis hiburan sebelum ditembak mati oleh polis.

Menurut Anadolu Ajansi, suspek didakwa memandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) mengelilingi blok kawasan itu beberapa kali sebelum melepaskan tembakan menggunakan pistol dari dalam kenderaannya ke arah pelanggan di luar sebuah bar.

Dia kemudian keluar dari SUV berkenaan dan terus melepaskan tembakan menggunakan senapang di sepanjang Sixth Street sebelum anggota polis berdepan dengannya dan menembak mati suspek.

Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMS) Austin-Travis County memaklumkan tiga mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala 14 lagi dikejarkan ke hospital dengan tiga daripadanya dalam keadaan kritikal. Pasukan paramedik tiba dalam tempoh 57 saat selepas panggilan kecemasan pertama diterima.

Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) turut menyertai siasatan dan menyatakan masih terlalu awal untuk menentukan motif kejadian, namun pihak berkuasa sedang meneliti “kemungkinan kaitan dengan keganasan”.

Menurut CBS News, lelaki bersenjata itu dikenal pasti sebagai Ndiaga Diagne, 53 tahun.

CBS melaporkan bahawa ia memperoleh sekeping gambar suspek yang dirakam selepas dia ditembak mati oleh polis, yang menunjukkan dia memakai pakaian semasa serangan itu, termasuk baju dengan corak menyerupai bendera Iran.
— BERNAMA-ANADOLU

BERITA LAIN

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

BERITA TERBARU

16 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau

TAWAU: Kira-kira 16 rumah kayu musnah dalam kebakaran di Lorong Fook Hwa, Batu 2, Jalan Apas, malam semalam. Ketua Zon Tawau Jabatan Bomba dan Penyelamat