BAU: Tiga lelaki pendatang asing tanpa izin (Pati) diarahkan untuk berpatah balik ke Indonesia selepas gagal menunjukkan sebarang dokumen sah perjalanan kepada polis semalam.
Kesemua suspek ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Bau hasil Op Benteng Pencegahan Jenayah di Jalan Johari Shunchar sekitar jam 5.03 petang.
Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon yang mengesahkan kejadian berkata ketiga-tiga Pati itu bagaimanapun terus diusir melalui sempadan Malaysia-Indonesia.
“Kesemua suspek itu mengaku sebagai warga Indonesia dan hasil pemeriksaan yang dijalankan mereka gagal menunjukkan dokumen perjalanan yang sah untuk memasuki Sarawak,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Terdahulu jelasnya operasi melibatkan seramai tujuh petugas termasuk seorang pegawai dan enam anggota.
Beliau pada masa sama menegaskan operasi seumpama itu bukan sahaja untuk mengekang kemasukan Pati ke negara ini secara haram namun sebagai usaha mencegah aktiviti jenayah yang berlaku di sekitar Bau.
New experience with Suara Sarawak App. Get now at Google Playstore and App Store.
Anda Mungkin
Terokai Lagi
Hubungi Kami
SV News Sdn. Bhd. (1307143-A)
Lot 14096 (SL 121) Section 65,
Kuching Town Land District,
14 D, Metrocity Commercial Precinct,
Jalan Matang, 93050 Kuching,
Sarawak, Malaysia
Tel: 082-647375, 082-649527,
082-510005
Fax: 082-513055
Emel: news@suarasarawak.my