ARTIKEL

Lokasi kegiatan pembalakan haram di kawasan hutan sekitar Saratok.

Tiga pembalak haram di kawasan hutan sekitar Saratok dicekup

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tiga lelaki tempatan ditahan kerana menjalankan kegiatan pembalakan haram di kawasan hutan sekitar Saratok.

Komander Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak, Dr Che Ghazali Che Awang, berkata kesemua suspek berusia antara 36 hingga 56 tahun itu ditangkap dalam serbuan yang dijalankan oleh Cawangan Risik
Batalion 23 PGA, Sri Aman, kira-kira jam 9.30 pagi semalam.

“Hasil pemeriksaan lanjut menemukan sebanyak 85 batang kayu balak pelbagai jenis dalam kawasan tersebut.

“Turut dirampas enam buah kenderaan pelbagai jenis, dengan anggaran nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM3,223,000 (mengikut harga pasaran),” menurutnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Antara produk ternakan sejuk beku yang dirampas daripada dua premis, masing-masing di Padawan dan Kota Samarahan.

Beliau berkata tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Jabatan Hutan Sarawak Bahagian Sri Aman untuk tindakan dan siasatan lanjut di bawah Kesalahan Ordinan Jabatan Hutan Sarawak 2015.

Sementara itu, dalam kes berasingan, Che Ghazali berkata pihaknya turut menahan dua lelaki dan tiga wanita tempatan berusia antara 23 hingga 55 tahun menerusi serbuan oleh Cawangan Risik Ibu Pejabat Briged Sarawak PGA, Kuching.

Ia dijalankan kira-kira jam 9.30 pagi semalam ke atas dua premis di Padawan dan Kota Samarahan, yang disyaki dijadikan tempat menyimpan dan mengimport produk ternakan sejuk beku tanpa permit yang sah.

“Hasil pemeriksaan lanjut menemukan sebanyak 36,178 kilogram daging ayam dan lembu sejuk beku di dalam premis tersebut.

“Turut dirampas dua buah kontena dan tiga buah kenderaan pelbagai jenis, dengan anggaran nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM1,602,500 (mengikut harga pasaran),” katanya.

Beliau berkata tangkapan dan rampasan diserahkan kepada pihak Veterinar Sarawak untuk tindakan dan siasatan lanjut di bawah Kesalahan Seksyen 9 (1)(3) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999.

#pembalakanharamsaratok

#serbuanpolissarawak

BERITA LAIN

Wajib bayar HUTANG, jangan tangguh

Hutang merupakan perkara yang lazim dalam kehidupan manusia. Ada yang berhutang untuk memenuhi keperluan keluarga, membeli rumah, mendapatkan kenderaan atau menjalankan perniagaan. Islam tidak melarang

BERITA TERBARU

Patrick Stewart Meninggal Dunia

Dunia seni lakonan antarabangsa kehilangan seorang legenda apabila pelakon tersohor Britain, Sir Patrick Stewart, meninggal dunia pada usia 86 tahun di kediamannya di Los Angeles,

Tiga lelaki ditan

MUKAH: Tiga lelaki peranak menua beumur entara 24 nyentuk 26 taun ditan pengudah ditemu positif dadah bansa methamphetamine ba Operasyen Begulai Nagang Penyah t i