Trending

Tiga personaliti jadi tumpuan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

JAGUH Muaythai Sarawak, Johan Ghazali atau lebih dikenali sebagai Jojo mencuri tumpuan pada Kejohanan Muaythai Rentap 2023 di Gelanggang Bola Keranjang Sungai Apong malam kelmarin.

Dua lagi ialah Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh serta Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah yang turut memeriahkan acara.

Kedua-dua menteri terbabit meluangkan masa hampir sejam pada majlis tersebut.

Mereka menyaksikan pertarungan kategori amatur, semipro dan pro dan turut diberi penghormatan menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Di samping, dua Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Gerald Rentap Jabu, Datuk Dr Ripin Lamat, Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Lamat Nyalau dan Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Awang Putrayusrie Awang Redzuan.

Kejohanan julung kali dianjurkan itu mendapat sambutan hangat. Ia bukan hanya membabitkan atlet tempatan, tetapi juga dari luar negara, Thailand, Myanmar, Lebanon, Chile dan Amerika Syarikat.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

10 Disember 2023

Berita Terbaru