KUCHING: Pada hari kelima menjelang Ramadan, tiga rumah di Jalan Kampung Tabuan Melayu musnah dalam kejadian kebakaran yang berlaku petang tadi.
Komander Operasi PBK II, Syamsyul Mustapha, menyatakan bahawa pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 6 petang.

Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya, Batu Lintang, dan Padungan segera digerakkan ke lokasi kejadian.
Menurut Syamsyul, tiga rumah yang didiami oleh lapan keluarga dengan jumlah 23 penghuni telah terbakar.

Dua rumah dilaporkan musnah sepenuhnya, manakala sebuah rumah lagi mengalami kerosakan sebanyak 30 peratus.
Anggota bomba melakukan operasi pemadaman menggunakan dua aliran air dengan empat nozel yang disambungkan ke pili bomba.

Setakat laporan ini dikeluarkan, pasukan bomba masih menjalankan kerja-kerja overhaul untuk memastikan tiada lagi bahaya yang tersisa.



