CENTEXS tawar empat program latihan Tenaga Hijau

Trending

Tiga tokan dadah Miri berdepan hukuman gantung

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Alexson (tiga kiri) bersama-sama pegawai IPD Miri menunjukkan pelbagai jenis dadah yang dirampas pada sidang media di IPD Miri, sebentar tadi.

MIRI: Tiga tokan dadah di sini dicekup menerusi dua operasi berasingan yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri, semalam.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata tangkapan pertama melibatkan seorang lelaki tempatan dan seorang lelaki warga asing yang berusia dalam lingkungan 33 dan 40 tahun, kira-kira jam 11.30 pagi dalam serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Ulu Niah.

“Hasil pemeriksaan telah merampas dadah jenis syabu dianggarkan seberat 53.40 gram bernilai RM5,340,” katanya dalam sidang media di IPD Miri, sebentar tadi.

Selain itu, beliau berkata pasukan operasi turut merampas dua utas barang kemas bernilai lebih RM12,000.

Manakala, Alexson berkata tangkapan kedua dibuat ke atas seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun dalam serbuan di sebuah rumah kedai di Jalan Bulan Sabit kira-kira jam 4.15 petang.

Katanya pelbagai jenis dadah turut dirampas iaitu Methamphetamine dianggarkan seberat 2 kilogram, ketamin seberat 1.6 kilogram, ekstasi seberat 400 gram, Erimin 5 seberat 62.4 gram dan serbuk jus disyaki dadah jenis methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) seberat 4.7 kilogram, dengan jumlah nilai rampasan dianggarkan lebih RM419,000.

Baca lain  Sarawak perkenal enam inisiatif bantu kontraktor, elak projek tertangguh

Beliau menambah turut disita seutas barang kemas bernilai lebih RM11,000.

Alexson berkata kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya jika disabitkan kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau jika tidak dihukum mati, boleh dipenjara seumur hidup dan dikenakan sebatan tidak kurang 15 kali

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

7 Jun 2023

Berita Terbaru