ARTIKEL

JUARA... Barisan pemain pasukan Tiger FC meraikan kejayaan merangkul gelaran juara.

Tiger FC rangkul juara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Pasukan Tiger FC mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak King Of Veteran Cup II 2026.

Kelab handalan yang berpangkalan di Limbang itu menumpaskan ZZ United 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada aksi final yang berlangsung di Padang KRP Lutong, Miri, semalam.

Kejayaan itu sekali gus membolehkan barisan pemain Tiger FC membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000, piala dan pingat.

NAIB JUARA… Pasukan ZZ United yang menamatkan saingan di tempat kedua.

Sementara itu, wang tunai RM10,000, piala dan pingat pula diterima pemain pasukan ZZ United selaku naib juara.

Dalam pada itu, dua kelab handalan dari negara jiran iaitu pasukan KB Warrior Brunei dan Borneo Squad Brunei yang tewas di peringkat separuh akhir masing-masing menerima wang tunai RM4,000, piala dan pingat selaku pemenang tempat ketiga bersama.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Miri (PBBM 2009), Mohd. Saif Jubaidi.

Kejohanan tiga hari bermula 9 hingga 11 Oktober itu disertai 16 pasukan yang mewakili pelbagai kelab handalan dari seluruh Sarawak serta negara Brunei Darussalam.

Menariknya, kejohanan terbabit turut menghimpunkan ramai bekas pemain legenda yang pernah mewarnai kancah bola sepak Liga Malaysia termasuk bekas kapten skuad kebangsaan, Indra Putra Mahayuddin.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU