ARTIKEL

Tiket dibeli sebelum tarikh semakan semula PSC akan berasaskan kepada kadar semasa — Batik Air

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Batik Air memberi jaminan kepada penumpangnya bahawa tiket yang dikeluarkan sebelum semakan semula Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) yang berkuat kuasa pada 1 Jun, 2024, adalah berdasarkan kepada kadar PSC semasa.

Syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan berkata kadar ini terpakai malahan bagi perjalanan pada atau selepas tarikh tersebut. 

Ketua pegawai eksekutifnya Datuk Chandran Rama Muthy berkata syarikat penerbangan itu menyokong kepentingan semakan semula PSC itu kerana pelaburan penting diperlukan untuk memudahkan pengembangan berterusan infrastruktur lapangan terbang bagi menyokong pertumbuhan sektor penerbangan Malaysia.

“Dengan kenaikan kadar yang dikenakan kepada penumpang di KLIA, kami mengharapkan standard perkhidmatan yang lebih tinggi bagi penggunaan kemudahan dan berharap agar isu seperti kesesakan dapat ditangani untuk memberi keselesaan terbaik kepada penumpang.  

“Di Batik Air, kami terus komited untuk menyediakan pengalaman terbaik kepada pelanggan kami dan kami yakin bahawa inisiatif ini akan memberi sumbangan positif kepada pertumbuhan dan pembangunan industri,” katanya. — BERNAMA

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan