ARTIKEL

1. MERIAH...poster Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang peringkat Sarawak 2024

Timbalan Perdana Menteri, lancar Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang peringkat Sarawak, Sabtu ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan menyempurnakan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang peringkat Sarawak 2024 di pusat konvensyen Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) pada Sabtu (3 Ogos).

Jurucakap Bahagian Media dan Komunikasi Korporat Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak berkata, majlis tersebut sebagai kesinambungan pelancaran sama oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di pusat beli-belah Cyber Event pada 21 Julai lalu.

“Bertemakan ‘Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka’, pelbagai pengisian utama diadakan pada hari tersebut termasuk pelancaran dan pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Peringkat Sarawak 2024 dan Mini Karnival Komuniti MADANI.

“Turut diadakan persembahan hiburan PENTARAMA, Jualan Rahmah, pameran kenegaraan jabatan serta agensi, aktiviti interaktif kenegaraan, demonstrasi memadam kebakaran, virtual reality (VR) Sirah Rasulullah dan banyak lagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, sebanyak 500 unit aiskrim secara percuma turut diedarkan kepada orang ramai pada hari tersebut.

Selain itu, turut diadakan persembahan Koir Komuniti MADANI gabungan komuniti MADANI Parlimen Petra Jaya dan flashmob gabungan artis PENTARAMA Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Sarawak serta pelajar dari Sekolah Seni Malaysia Sarawak.

Kenyataan itu memberitahu KMJG Peringkat Sarawak 2024 akan dilaksanakan dalam tiga fasa.

Fasa pertama, KMJG2024 akan bermula pada 6 Ogos 2024 di Lundu dan Bau serta 10 Ogos di Serian dan Samarahan.

Fasa kedua pula bermula pada 25 hingga 31 Ogos 2024 di Bintulu, Miri, Brunei Darussalam, Lawas, Limbang, Tatau, Tanjung Manis, Mukah, Dalat dan Kuching, manakala Fasa tiga pula berlangsung pada 10 hingga 16 September 2024 di Kapit, Song, Kanowit, Sarikei, Meradong, Julau, Saratok, Betong, Lubok Antu dan Sri Aman.

“Orang ramai turut dijemput untuk bersama-sama menzahirkan rasa cinta kepada negara menerusi inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) yang bertepatan untuk menterjemah semangat patriotik dan rasa bangga menjadi anak Malaysia melalui kibaran Jalur Gemilang,” kata kenyataan itu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU