ARTIKEL

ANUGERAH EMAS... Datuk Johnny Ting Su King mempamer anugerah dimenangi.

Timuran Kembangan raih Anugerah Emas ESG Asia 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Syarikat Timuran Kembangan Sdn. Bhd. terus mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya meraih Anugerah Emas bagi Kategori Pengurusan Sisa sempena Anugerah Impak Positif ESG Asia 2025.

Majlis penganugerahan berprestij itu berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka di ibu negara hujung minggu lalu, dan turut dihadiri oleh Pengarah Urusan Timuran Kembangan Sdn. Bhd., Datuk Johnny Ting Su King.

KONGSI KEJAYAAN… Datuk Johnny Ting Su King (dua dari kanan) bersama kakitangan yang lain.

“Kami amat teruja dan berbesar hati apabila syarikat Timuran Kembangan terpilih menerima anugerah ini.

Ia menjadi sumber inspirasi untuk kami terus mengekalkan kecemerlangan dan kualiti perkhidmatan pada masa akan datang,” ujar Johnny ketika ditemui Suara Sarawak.

Timuran Kembangan Sdn. Bhd. merupakan syarikat yang menyediakan perkhidmatan pengumpulan barangan terpakai seperti minyak dan bahan buangan lain bagi tujuan kitar semula dan kelestarian sumber.

Menurut Johnny, pengiktirafan tersebut menjadi bukti komitmen syarikat terhadap pemuliharaan alam sekitar serta kesungguhan untuk memacu perubahan positif ke arah pembangunan yang lebih mampan dan dinamik.

“Anugerah ini amat bermakna kerana ia bukan sahaja mengiktiraf usaha kami dalam bidang pengurusan sisa, malah menyokong matlamat ESG untuk menjadikan dunia lebih lestari,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak atas sokongan padu yang diberikan kepada syarikat sepanjang tempoh operasi.

“Sokongan ini amat berharga dan akan terus dihargai.

Semoga usaha kami untuk mengekalkan reputasi Timuran Kembangan Sdn. Bhd. sebagai pelopor industri pengurusan sisa yang berwibawa akan terus berjaya,” katanya.

BERITA LAIN

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali