ARTIKEL

ADUN Tupong Datuk Fazzrudin Abdul Rahman. Gambar oleh Ramidi Subari

Tindakan Chong bangkit isu minyak Sarawak hanya untuk keuntungan politik – Fazzrudin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tindakan Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak, Chong Chieng Jen, yang membangkitkan isu hak minyak dan gas Sarawak selepas kembali ke Kuching dan bukan secara langsung di Parlimen dilihat sebagai cara untuk meraih keuntungan politik.

Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Datuk Fazzrudin Abdul Rahman berkata, Chong sepatutnya meminta penjelasan terus ketika sesi soal jawab di Parlimen.

“Saya terkejut Chong tidak meminta penjelasan daripada menteri yang berkenaan, tetapi sebaliknya memilih untuk menyerang Kerajaan Sarawak.

“Mengapa beliau berdiam diri ketika di Parlimen dan menerima sahaja jawapan menteri tanpa meminta penjelasan lanjut? Adakah ini kerana beliau tidak mahu memperjuangkan hak Sarawak?” soal Fazzrudin dalam satu kenyataan hari ini.

Tegasnya lagi, pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta Ahli Parlimen dari Sarawak komited untuk memperjuangkan hak Sarawak.

Dalam pada itu beliau turut mempersoalkan jawapan yang diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said soal perkara ini.

“Saya tertanya-tanya sama ada beliau hadir dalam mesyuarat di antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg?

“Pendiran Sarawak jelas sejak dahulu bahawa Akta Pembangunan Petrolium (PDA) 1974 dan Ordinan Perlombongan Minyak (OMO) 1958 mesti wujud bersama bagi memastikan hak Sarawak terus dilindungi,” katanya.

Terdahulu Azalina berkata dalam jawapan betulis kepada Chong di Dewan Rakyat bahawa Sarawak menerima PDA 1974 (Akta 144) sebagai undang-undang yang mengawal industri petroleum negara.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU