KUCHING: Tindakan pantas bomba menyelamatkan sebuah kilang di Jalan Bako, dekat sini daripada musnah terbakar.
Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, kejadian dilaporkan sekitar jam 3.39 petang hari ini melibatkan kilang BAC Air Conditioning & Electrical Works.
“Komander Operasi (KO) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya yang tiba di lokasi memaklumkan kebakaran besar sedang berlaku dan memohon bantuan menghubungi Sarawak Energy untuk memutuskan arus elektrik.
“KO juga melaporkan bantuan jentera BBP Petra Jaya dibatalkan memandangkan tindakan pantas anggota membuat pemadaman secara offensive ke dalam bangunan, kebakaran berjaya dikawal daripada merebak dalam masa lima minit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya daripada tinjauan awal KO dan temu-bual saksi di lokasi, kebakaran dipercayai berpunca daripada kerja-kerja kimpalan pada bahagian bumbung kilang terbabit.
“Percikan kimpalan terkena “aluminium foil” pada bumbung telah mencetuskan kebakaran berkenaan,” katanya.
Katanya kemusnahan kebakaran dianggarkan 20 peratus daripada saiz bangunan 60 x 30 kaki dan tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.
New experience with Suara Sarawak App. Get now at Google Playstore and App Store.
Anda Mungkin
Terokai Lagi
Hubungi Kami
SV News Sdn. Bhd. (1307143-A)
Lot 14096 (SL 121) Section 65,
Kuching Town Land District,
14 D, Metrocity Commercial Precinct,
Jalan Matang, 93050 Kuching,
Sarawak, Malaysia
Tel: 082-647375, 082-649527,
082-510005
Fax: 082-513055
Emel: news@suarasarawak.my